Resepi Bolognese Cheesy Fries

Julai 04, 2022


Assalamualaikum…


Arytue aku, suami dan anak-anak ade ke Tapak kontena di Cyberjaya. Dekat sana banyak makanan-makanan menarik. Tapi aku teringin sangat nak makan bolognese cheesy fries dekat satu kedai nie.


Dapat makan rasa puas gilaa, sedap pulak tue.

Tapi harga die agak mahal la pada aku.

Arynie aku rasa teringin pulak nak makan macam tue. So, jadi laaa buat lepas tekak🤤


Bahan-bahan;

Sos bolognese

Sosej

Bawang merah

Cheese pizza topping

Fries


Cara-cara;

1. Goreng fries sehingga garing. Aku macam biasa, goreng pakai Air Fryer je. Senang keje💁🏿‍♀️

2. Then masak kuah bolognese. Mula-mula tumis bawang merah yang dah di potong dadu.

3. Kemudian masukkan sosej yang sudah di potong. Masukkan kuah bolognese. Siap!

4. Taburkan Cheese Pizza Topping. Bakar dalam Air Fryer suhu 160 degree selama 5 minit. Siap!


Jemput la ke YouTube dan ke Tiktok😝

 


Sedia untuk di makan💕

Catat Ulasan