Resepi Kek Lemon Mudah

Julai 21, 2021

Bismillahirahmnirahim..

Assalamua\"laikum..

Lama dah aku teringin nak makan kek lemon tapi takdan nk buat. Nie alang-alang dah ade lemon kat rumah tambah aku rajin lagi😝 jadi lah kek lemon sedap versi akuu🤭

So sini aku share resepi nye ye;

Bahan-Bahan

230gram butter ( aku pakai unsalted butter anchor)
200gram gula kastor (kalau nk kurang manis bolh kurangkan)
4 Biji telur
1tsp essen vanilla
1tsp baking powder
Kulit lemon yang di parut
60ml Air perahan lemon
260gram tepung gandum

Cara-cara
1.Mixer butter dan gula sampai sebati. Then tambah telur sebiji demi sebiji. Mixer sampai telur kembang.
2. Masukkan essen vanilla
3. Masukkan tepung gandum, baking powder, kulit lemon yang di parut.
4. Last sekali, masukkan air perahan lemon ke dalam adunan tadi dan mix sebati.
5. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar. Suhu 145 dgree selama 50 minit. ( ikut atas oven masing masing ye)





Dah siap kek lemon aku.🤭

Tapi aku letak lemon glazing atas kek aku. Nak naikkan lagi aroma lemon tu cewah😆
So, nie cara buat lemon glazing tu ye,

Bahan-bahan
120gram gula icing
Perahan jus lemon ( anggaran dalam 4-5tbsp)

Cara-cara
Mixer je dua-dua bahan sampai betol-betol sebati.

Nie hasilnya

Tapi sapuan aku xberapa kemas atas kek. So xpayah la tengok😝

Kalau korang teringin nak makan, boleh la try buat sebab kek nie agak mahal ye di luar. ( aku jumpa dalam Rm50 satu loaf)

Okay, selamat mencuba!

1 ulasan