Resepi Soto Mudah

Julai 22, 2021


Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum..

Raya musim  PKP nie sedih sikit bila tak dapat nak balik raya kampung. Sedih lagi bila tak dapat nak jumpa mak ayah. Tapi apakan daya, covid lagi bahaya. Jadi raya nie aku buat soto je buat makan family kecik aku.

Sini aku sharekan resepi soto mudah cara aku. ( Cara mak aku snanye)

Bahan-bahan
Nasi impit
1 Biji bawang merah
2-3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 paket rempah sup
Rempah 3 sekawan
Ayam ( ikut suka korang nak makan banyak mana)

Cara-cara

Sup Ayam
1. Blender bawang merah, bawang putih dan halia.
2. Kemudian tumis dan masukkan rempah 3 sekawan. Bila nampak bahan tumis dah naik bau, boleh masukkan rempah sup yang sudah di bancuh dengan air.
3.Masukkan ayam, gaul sebati dan masukkan air.
4 Masak sampai ayam dah masak kemudian keluarkan ayam.
5. Masukkan garam dan perasa. Okay sup dah siap!

Ayam Racik
1. Ayam sup yang di keluarkan tadi korang horeng bagi garing.
2. Kemudian korang racik halus ayam tu.
3. Tulang ayam boleh la korang masukkan balik ke dalam sup.

Then korang boleh goreng kacang, soh hoon ( aku tak letak) dan daun sup

Bergedil
1. Rebus kentang sampai empuk dan lenyekkan.
2. Masukkan lada sulah dan daun sup.
3. Gaul sebati semua bahan dan golekkan dalam telur yang dah di kepuk.
4. Goreng dalam minyak sederhana ( Minyak jangan banyak sangat nanti kentang hancur)

Sambal kicap
1. Blender 2 sudu bawang goreng dan 10-15 biji cili api.
2. Masukkan bahan blender ke dalam periuk, masukkan kicap dan gula.
3. Bila bahan dah masak boleh la hidang

Okay dah siap menu soto. Jangan lupa rebus nasi impit pulak😝

Okay, Selamat Mencuba!

Catat Ulasan