Assalamualaikum.. lama rasa menulis dalam nie🤭.

So arynie nak share resepi spageti sardin.


Bahan-bahan;

Bawang merah ( dipotong dadu)

Sardin

Spageti (direbus)

Garam

Santan

Butter


Cara-cara;

1. Rebus spageti sehingga masak dan biarkan seketika.

2. Panaskan kuali, masukkan butter kemudian masukkan bawang merah yang telah di potong dadu.

3. Masukkan isi ikan sardin, kemudian hancurkan sedikit.

4. Masukkan kuah sardin dan kacau sebati.

5. Masukkan garam secukup rasa.

6.  Masukkan santan 2 sudu.

Kacau sebati dan sedia di hidang.


*Boleh masukkan sayur seperti brokol/ cili benggala/ tomato.


Siap!



Assalamualaikum.. lama rasa xbuat menu petang😆.

So arynie nak share menu petang mudah, karipap kentang.


Bahan-bahan;

Kentang (dipotong dadu)

Serbuk kari

Bawang merah

Ikan bilis

Air

Garam

Gula

Tepung gandum

2 Sudu Minyak masak

1 Sudu Majerin


Cara-cara;

Inti karipap:

1. Tumbuk bawang merah dan ikan bilis.

2. Tumis bahan yang telah di tumbuk, masukkan satu sudu serbuk kari daging.

3. Bahan tumis dah sebati ( jangan sampai hangit) masukkan kentang dan air.

4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

5. Masak inti sehingga kuah kering dan kentang empuk.


* selagi kentang xempuk, boleh tambah air, garam, gula dan serbuk kari.


Kulit karipap:

1. Masukkan 3 cawan tepung gandum ke dalam bekas.

2. Panaskan 2 sudu minyak masak dan 1 sudu majerin.

3. Tuangkan minyak dan majerin panas tadi ke dalam tepung. Kacau sehingga jadi seperti serbuk roti. ( kacau dengan senduk dulu, sebab minyak panas)

4. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan tak melekat di tangan.

5. Boleh uli tepung, tekap guna acuan karipap, masukkan inti.

6. Goreng karipap sehingga keperangan.


Siap!

Assalamualaikum..


Arynie aku nak share resepi kek carrot simple. Nie kek fav ibu aku, so sini resepi die.


Bahan-bahan;

4 biji telur

1 1/2 cawan gula icing

1/2 cawan minyak masak

2 cawan tepung gandum

1 sdt soda bikarbonat

1 sdt baking powder

1 batang carrot ( di parut)

Sedikit serbuk kayu manis


Cara-cara;

1. Putarkan telur, gula dan minyak masak sehingga sebati.

2. Masukkan tepung gandum, soda bikarbonat, baking powder dan putar sehingga sebati semua adunan.

3. Kemudian masukkan sedikit serbuk kayu manis dan carrot yang telah di parut, kacau rata.

4. Tuang adunan ke dalam loyang dan kemudian bakar dalam suhu 160degree selama 45 minit ( mengikut oven masing-masing)

5. Sedia untuk di hidang🌸


Assalamualaikum..


Arynie aku nak share resepi salad telur yang mudah dan sedap. Anak-anak pun suka🌸


Bahan-bahan;

Salad

Telur

Mayonis

Tomato


Cara-cara;

1. Rebus telur sehingga masak.

2. Potong salad, tomato dan telur.

3. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan masukkan mayonis, kacau sebati.


Sedia untuk di makan🌸


Assalamualaikum..


Aku suka makan nasi kandar, tapi nak keep on beli makn modal jugak😆

So, kte masak jela nasi kandar di rumah😆


Bahan-bahan;

Rempah 3 sekawan

Majerin

Pewarna kuning

Garam

Beras

Daun Pandan

Bawang besar (dihiris)

Bawang putih (dihiris)

Ketumbar (ditumbuk)

Jintan Manis (ditumbuk)

Serbuk Cili

Serbuk Kari Daging

Bendi ( di celur)

Kobis

Carrot

Telur

Kicap

Sos cili

Cili merah

Biji sawi

Tomato

Terung

Serbuk kari daging

Serbuk kunyit

Bawang putih

Cara-cara;

Nasi;

1.Basuh beras dan ketepikan.

2. Tumis daun pandan, 3sekawan, serbuk kunyit menggunakan majerin.

3.Masukkan bahan tumis ke dalam beras yang telah di basuh.

4. Kemudian masukkan sedikit garam dan pewarna kuning.

5. Masak nasi seperti biasa.


Ayam goreng mamak;

1. Tumbuk bawang putih dan halia.

2. Masukkan telur, satu sudu serbuk kari, lima sudu serbuk cili, sedikit pewarna merah dan garam secukup rasa.

3. Goreng sehingga garing bersama daun kari.


Kuah kicap kari;

1. Tumis rempah sekawan bersama bahan tumbuk dan bahan yang telah di hiris. Goreng sehingga garing dan naik bau.

2. Masukkan serbuk cili dan serbuk kari daging kemudian kacau sebati.

3. Masukkan tomato, terung dan air. Biar kan sehingga menggelegak.

4. Masukkan kicap mengikut warna yang kita nak.

5. Masukkan garam, gula dan sos cili.

6. Masak sehingga secukup rasa.


Kobis goreng;

1. Tumis bawang putih dan biji sawi.

2. Masukkan daun kari, cili merah, carrot, kobis garam dan sedikit serbuk kunyit.

3. Masukkan sedikit air dan kacau sebati.


Okay sedia di hidang🤤



Assalamualaikum..


Pagi nie teringin nak makan mee goreng. So kte buat mee goreng simple je. Nie cara-cara;


Bahan-bahan;

Mee kuning

Daun bawang

Tauge

Telur

Cili blender

Sos tomato

Sos cili

Kicap


Cara-cara;

1. Tumis cili blender sehingga pecah minyak, masukkan sos tomato, sos cili dan sos kicap. Kacau sebati.

2. Kemudian masukkan telur, dan kacau sebati.

3. Masukkan mee kuning dan kemudian masukkan tauge.

Siap untuk di makan!

Boleh la taburkan hirisan daun bawang🌸


Assalamualaikum.. lunch arynie kte buat menu simple je, buttermilk chicken. Here we go!


Bahan-bahan;

3 ulas bawang putih

1 tangkai daun kari

2 sudu butter

1/2 cawan susu cair

Ayam


Cara-cara;

1. Potong isi ayam kecik-kecik, kemudian gaulkan dengan serbuk bestari.

2. Goreng ayam sehingga keperangan. Ketepikan ayam dahulu.

3. Tumis butter, bawang putih dan daun kari sehingga naik bau.

4. Masukkan isi ayam yang telah di goreng tadi.

5. Kacau sebati dan siap!


Sedap kalau makan dengan nasi panas🤤

Assalamualaikum..

Arynie nak share satu resepi mudah, roti puri. Mudah je cara buat die, xyah pakai yis pun boleh.


Nie resepi roti puri,


Bahan-bahan;

3 cawan tepung gandum

1 tbsp gula

1 tsp garam

6 tbsp minyak masak

Air ( agak-agak doh xmelekat dekat tangan)


Cara-cara;

1. Masukkan semua bahan dan uli sampai doh tak melekat dekat tangan.

2. Bahagikan doh pada beberapa bulatan kecik.

3. Rehat kan doh sekejap dalam 10-15 minit.

4. Canaikan doh yang telah di rehatkan tadi. ( bagi leper leper ye, kalau x roti jadi tebal)

5. Goreng dalam api yang panas. ( Tips: masa tepung dah tenggelam dalam minyak, kaut minyak guna sudip dan tuang atas tepung sehingga naik gelembung).


Okay dah siap. Boleh makan dengan kari ayam, sambal bilis atau sambal sardin.


Assalamualaikum…


Lunch arynie buat menu simple je, ayam masak paprik dan telur dadar🥗

Lain orang lain cara, aku guna je bahan yang ade dekat rumah, asalkan kenyang😆


Bahan-bahan;

Ayam yang di potong kecik-kecik

Cili kisar

Sos tiram

Sos cili

Bawang merah ( dihiris)

Bawang putih (dihiris)

Halia ( dihiris)

Daun limau

Serai sebatang ( di ketuk)

Carrot

Tomato

Timun


Cara-cara;

1. Goreng ayam sehingga separa masak kemudian ketepikan.

2. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, daun limau purut dan serai.

3. Masukkan cili kisar sehingga pecah minyak, kemudian masukkan sos cili dan sos tiram. 

4. Masukkan air mengikut kuantiti yang di sukai.

5. Masukkan ayam yang telah di goreng tadi, kacau sebati.

6. Kemudian masukkan carrot, tomato dan timun.


*Kalau nk pedas boleh letakkan cili api.


Siap!



Assalamualaikum…

Mood pagi nie rasa nak makan penkek pulak, mujo encik suami makan je ape ape pun😌


So, nie resepi nya;


Bahan-bahan;

1 cawan tepung gandum

1 cawan susu segar / susu cair

2 tbsp baking powder

3 tbsp gula

1 tsp garam

1 tsp esen vanilla

1 biji telur

2 tbsp minyak masak


Cara-cara;

1. Masukkan semua bahan dalam bekas dan kacau sebati.

2. Panaskan non-stick pan.

3. Sendukkan adunan ke dalam kuali dan tunggu sehingga naik gelembung ( bubble) pada penkek kemudian terbalikkan penkek.

4. Tunggu sehingga berubah sehingga warna perang kemudian boleh angkat.


Siap!


Makan dengan nutella pun best!


Assalamualaikum… Arytue suami beli isi kerang, patu die blurr nak masak ape. Mula-mula ingat nk buat kerabu kerang tapi macam nak try menu lain pulak.. so, jadi lah kerang sambal cili api dengan petai arynie.


Nie bahan-bahan dan cara-caranya;


Bahan-bahan;

Bawang merah ( di kisar)

Bawang putih ( di kisar)

Cili api ( di kisar)

Sedikit belacan ( di kisar)

Sedikit ikan bilis ( di kisar)

Bawang besar

Tomato

Petai

Kerang ( direbus dan dikopek)

Garam

Gula


Cara-cara;

1. Tumis bahan yang telah di kisar tadi sampai naik minyak.

2. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

3. Masukkan tomato, bawang merah, kerang dan petai. Gaul sekata.


Siap!


Assalamualaikum..


Hari nie aku nak share resepi cheesy wedges ala kfc. Macam nie cara aku, dan in sha allah menjadi.


Bahan-bahan;

4 biji kentang

Tepung bestari original

Minyak masak


Cara-cara;

1. Potong kentang secara memanjang beberapa bahagian.

2. Cuci dan kemudian tos kan.

3. Kukus kentang sehingga empuk.

4. Sejukkan dahulu kentang yang telah di kukus, kemudian salutkan dengan tepung bestari.

5. Kemudian goreng kentang sehingga berubah warna keperangan.

6. Angkat dan sedia di hidang.

7. Atas die boleh la di salut dengan cheese.


Selamat mencuba!


Assalamualaikum…


Hari nie aku nak share resepi donut gebu, in sha allah kalau follow step nie bebetoi dan tak curang, pasti jadi💪🏻


So, nie resepi dan cara aku..


Bahan-bahan;


1 paket yis

2 sudu susu pekat

2 sudu gula

1 cawan air suam

3 cawan tepung gandum

1 sudu teh baking powder

2 sudu majerin

1 sudu teh garam


Cara-cara;

1. Masukkan satu paket yis, dua sudu susu pekat, dua sudu gula dan 1 cawan air suam.Tinggalkan seketika untuk bagi yis kembang. Tips : kacau dalam bekas kaca.

2. Dalam bekas yang berlainan, masukkan tiga cawan tepung gandum, satu sudu teh baking powder, dua sudu majerin dan satu sudu teh garam. Gaul sebati semua bahan.

3. Masukkan campuran yis yang sudah kembang ke dalam campuran tepung yang telah di gaul sebati.

4. Biarkan dalam satu hingga kedua jam untuk yis kembang. Tips: tutup bekas dengan kain lembab.

5. Selepas yis dah kembang, tumbuk adunan untuk buang angin dan bole uli untuk membuat bentuk.

6. Biarkan dalam 15-30 minit untuk dapatkan tekstur yang lebih gebu. Tips: tutup donut dengan kain lembab.

7. Boleh mula menggoreng.

8. Gaulkan donut yang sudah siap di goreng dengan gula.


Siap dan selamat mencuba!