Resepi Kek Coklat Moist

Julai 19, 2021


Bismillahirahmanirahim..

Assalamualaikum.

Hari nie aku nak share resepi kek coklat moist. Dulu kek nie aku buat jual meniaga. Tapi sekarang dah pencen awal buat kek jual😝

Kek nie laku keras taw dan feveret suami dan anak-anak aku. So kalau korang yang suka makan kek dan nak makan kek coklat, boleh la try buat. Sebab yang aku nie versi kukus je. Lebih moist pada aku hehe.

So, nie bahan-bahan dan cara buatnye ye;

Bahan-Bahan

1 Cawan serbuk koko
1 Cawan gula pasir
1 Cawan susu cair
1 Cawan minyak masak ( nak pakai majerin pun boleh tapi jangan lupa cairkan dulu taw)
1/2 Cawan susu pekat manis
1 1/4 Cawan tepung gandum
1 sb baking powder
1 sk aoda bikarbonat
4 biji telur
1 sudu esen vanilla

Cara-cara
1. Mixer telur dan gula sampai betul-betul gebu. ( Nak elak kek bantat jugak)
2. Masukan susu cair, susu pekat, esen vanilla, minyak masak dan serbuk koko. Mixer sampai sebati.
3. Ayak tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat. Dan campur kedalam bahan tadi. Mixer sampai semua bahan dan sebati.
4. Alihkan bahan yang dah sebati tadi ke dalam loyang dan boleh la kukus sampai masak. ( Pastikan air dah mendidih sebelum kukus)
5. Okay dah siap. Dah boleh makan😆


Tapi kalau versi aku, aku buat coklat leleh supaya lagi sedap. So sini aku share jugak resepi coklat leleh aku ye,

Bahan-bahan

1 Cawan susu cair
1 Cawan susu pekat
1 Cawan minyak
1 Cawan serbuk koko

Cara-cara

Mixer je semua bahan tadi sampai sebati. Dan boleh tuang ke atas kek coklat tadi.

Tapi sukatan tu boleh di ubah ikut kesukaan korang. Kalau suka cair boleh tambah susu cair. Kalau suka manis boleh tambah susu pekat dan kalau suka rasa pahit coklat lebih boleh la tambah sebuk koko.

Tips;
Korang boleh cucuk kek tue dulu dengan garfu ke lidi ke untuk cek kek dah masak ke belum. Kalau xde pape yang melekat maksudnye kek korang dah masak.

Selain guna mixer korang boleh jugak guna blender. Terpulang atas korang.

Okay, Selamat Mencuba!


Catat Ulasan