Resepi Karipap Kentang

Disember 30, 2022



Assalamualaikum.. lama rasa xbuat menu petang😆.

So arynie nak share menu petang mudah, karipap kentang.


Bahan-bahan;

Kentang (dipotong dadu)

Serbuk kari

Bawang merah

Ikan bilis

Air

Garam

Gula

Tepung gandum

2 Sudu Minyak masak

1 Sudu Majerin


Cara-cara;

Inti karipap:

1. Tumbuk bawang merah dan ikan bilis.

2. Tumis bahan yang telah di tumbuk, masukkan satu sudu serbuk kari daging.

3. Bahan tumis dah sebati ( jangan sampai hangit) masukkan kentang dan air.

4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

5. Masak inti sehingga kuah kering dan kentang empuk.


* selagi kentang xempuk, boleh tambah air, garam, gula dan serbuk kari.


Kulit karipap:

1. Masukkan 3 cawan tepung gandum ke dalam bekas.

2. Panaskan 2 sudu minyak masak dan 1 sudu majerin.

3. Tuangkan minyak dan majerin panas tadi ke dalam tepung. Kacau sehingga jadi seperti serbuk roti. ( kacau dengan senduk dulu, sebab minyak panas)

4. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan tak melekat di tangan.

5. Boleh uli tepung, tekap guna acuan karipap, masukkan inti.

6. Goreng karipap sehingga keperangan.


Siap!

Catat Ulasan