Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum...
Sejak dua menjak nie rasa rajin betoi nak masak😆
So hari nie aku masak ikan dory masak sweet sour.
Aku masak ikut bahan ape yang ade je, aci la kan. Nie resepi dan cara aku,
Bahan-bahan:
Ikan Dory
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
Tomato
Carrot
Bunga Kobis
Sos Cili
Sos Tomato
Sos Tiram
Tepung Jagung
Air
Tepung Bestari
Cara-cara:
1. Goreng ikan dory yang dah di salut dengan tepung bestari sehingga garing.
2. Tumis bawang merah, bawang putih, halia sehingga naik bau.
3. Masukkan sos cili, sos tiram dan sos tomato, Kacau sebati.
4. Masukkan tepung jagung yang dah di bancuh dengan air.
5. Masukkan air sedikit supaya kuah tidak terlalu likat.
6. Masukkan sayur dan kacau sehingga sayur lebut.
7. Masukkan ikan dory, kacau sebati.
Siap!
Catat Ulasan