Resepi Sambal Ikan

Ogos 24, 2022


Hari nie rasa teringin pulak nak makan sambal ikan. Tambah pulak dengan sayur kobis goreng telur, ngam lah. Sebenarnya lagi sedap kalau dapat buat kobis masak lemak, tapi santan tak ada la pulak. Jadi la menu untuk tengah hari nie.


Bahan-bahan;

Ikan

Cilik kering di rebus ( di blend)

1 Biji Bawang merah ( di blend)

1/2 Biji Bawang Holland

Asam keping

Garam

Gula

Minyak masak


Cara-cara;

1. Goreng ikan sehingga garing. Kemudian angkat dan asingkan.

2. Tumis bahan yang telah di blender tadi. Masak sehingga pecah minyak.

3. Masukkan asam keping, garam dan gula secukup rasa.

4. Masukkan ikan yang telah di goreng tadi dan masukkan bawang holland yang telah di potong.

5. Sedia di hidang. Makan dengan nasi panas-panas nie best!



Catat Ulasan