Tudmas Cafe

Ogos 22, 2022

Kebelakangan rasa teringin sangat nak minum kopi. Nak ke stabak over sangat pulak harga die🤣

Nak ke  Zuss tapi tak pandai pulak nak oder.


Hari tue kebetulan nampak satu page dekat Facebook share pasal kopi dekat satu kedai kampung nie. Kedai die pulak dekat je dengan rumah, lebih kurang 7 minit je.


Apelagi, memang ajak encik suami la🤭


Kafe nie simple je view die, sebelah rumah. Rumah owner kot, ade tanaman-tanaman sikit dan ade nampak perumah perumahan sekitar.


Masa kami sampai, menu tak banyak sangat. Maybe chef tak ada atau pun ape tak pasti. Tapi overall, boleh bagi 4.5/5.


Aku suka suasana kafe yang santai, makanan pun bole tahan sedap. Aku oder cappuccino ais. Memang favourite aku sepanjang zaman❤️ Suami aku oder hazelnut latte ais dan anak-anak aku minum vanilla chocolate ais blended.




Aku oder nasi lemak, banyak gila portion dia. Ade ayam dan ade telur mata. Best! 

Dan tak lupa juga tempe goreng dan sambal kicap. Untuk anak-anak aku oder set nuget dan fries.


Korang yang area sepang nak try, bole la p try. Rasa menu lain-lain kot ikut hari.

Catat Ulasan