Assalamualaikum…


Sejak kebelakangan nie aku cuba manfaatkan Air Fryer yang suami aku hadiahkan sebelum nie.

Kalau sebelum nie, aku selalu guna Air Fryer nie untuk bakar ikan, ayam atau pun kek je.

Sekarang dah makin advance, aku goreng ayam atau ikan pun guna Air Fryer. Jimat minyak dan tak renyah aku nak tunggu depan kuali tu lama-lama. Tambah sekarang minyak pun dah mahal, jimat la jugak🤣


Hari nie aku goreng ikan pun pakai Air Fryer. Hasil die cantik jugak dan aku tak payah dan risau hangit ke tak garing ke😆


Cara aku, aku lumur ikan dengan serbuk kunyit dan garam ( basic nk goreng ikan) then aku sapu ikan tu dengan sedikit minyak.


Aku kalau pakai Air Fryer memang tak guna direct die punya bekas tu, aku akan guna loyang bulat size 6 inci, yang muat- muat ikut saiz loyang aku. So, dalam tu aku tuang sikit minyak nak elak kan ikan aku melekat.


Then aku bakar je macam biasa. Suhu aku selalu guna untuk jenis Air Fryer aku nie, 180 degree selama 10 minit dan kemudian aku akan terbalik kan ikan tue pulak untuk bakar dua dua bahagian.


Alhamdulillah, hasilnya tak pernah mengecewakan aku😆

     

  

So kalau korang nak beli Air Fryer bole la try beli yang macam aku beli nie, kualiti bagus dan harga pun mampu milik.


Dah beli nanti boleh la try menggoreng dengan jimat minyak😁

Bismillahirahmanirahim…


Assalamualaikum..


Lama rasa tak menulis. Sibuk sangat rasa kebelakangan nie. Kesihatan pun tak berapa baik sangat. Nie pun baru sembuh. Moga aku akan terus sihat sentiasa. Aminn


Petang nie aku rajin sikit🤣 so aku buat kek batik ganache. Tengok bahan semua ada, so proceed jela, alang-alang tekak pun rasa nak makan kek.


So nie resepi cara aku, simple je.



Bahan-bahan;

150gram butter/ majerin

1/2 tin susu pekat

2 cawan milo

3 tbsp serbuk koko

30 pcs biskut marie ( di patah-patahkan)


Cara-cara;

1. Panaskan kuali dan cairkan majeri/butter. Guna api sederhana je.

2. Masukkan 1/2 tin susu pekat.

3. Masukkan 2 cawan milo.

4. Masukkan 3 tbsp serbuk koko.

5. Kacau semua bahan sebati. Kemudian masukkan biskut marie yang telah di patahkan.

6. Tutup api dan kemudian alihkan adunan ke dalam bekas, sejukkan di dalam peti ais.






Bahan-bahan Ganache;

1/2 cawan milk choc

1/2 cawan whipping cream

1 sudu majerin/ butter


Cara-cara;

1. Double boil milk choc, tambahkan satu sudu majerin/butter dan 1/2 cawan whipping cream.

2. Kacau sebati adunan.

3. Tuang adunan ke atas kek batik dan rata kan.

4. Sejukkan di dalam peti ais.



Okay dah siap. Then boleh makan😆



​Fuhh, lama rasa xmenulis. Lepas setel urusan kakak ke HKL sebelum nie, kami sekeluarga di jangkiti covid-19.  Jadi banyak benda tergendala, lepaa dari covid, kakak pulak warded.


Selepas selesai semua urusan, puasa dan raya dan sooooo onn, so back to our normal life.

Start dari bulan 6, aku dah stop dari meniaga. Kukis atau pun kek dua dua aku dah stop. Harga barang naik mendadak, tak mampu nak keluar modal lebih. Maybe aku kena stop dan fokus pada keluarga pulak.


Rezeki bulan 6 nie jugak aku hadiahkan diri aku iphone-11😂



Aci la self-reward.😂


Start bulan 6 nie jugak aku dah start azam baru, memasak dan sediakan bekal untuk suami. Jadi masa free aku dekat rumah, just fokus untuk anak- anak in sha allah.

Nanti boleh la start share resepi lagi😆


Sarapan pagi aku masak pasta goreng dan suami aku request nak makan dimsum & chilli oil.

Dan untuk tengah hari pulak,


Aku buat ayam bakar + sos thai & sup. Dan suami request nak bawak dimsum.

Suami hantar report cakap makanan abis pun dh buat aku makin semangat nak masak lagi dan lagi😆