Assalamualaikum…
Sejak kebelakangan nie aku cuba manfaatkan Air Fryer yang suami aku hadiahkan sebelum nie.
Kalau sebelum nie, aku selalu guna Air Fryer nie untuk bakar ikan, ayam atau pun kek je.
Sekarang dah makin advance, aku goreng ayam atau ikan pun guna Air Fryer. Jimat minyak dan tak renyah aku nak tunggu depan kuali tu lama-lama. Tambah sekarang minyak pun dah mahal, jimat la jugak🤣
Hari nie aku goreng ikan pun pakai Air Fryer. Hasil die cantik jugak dan aku tak payah dan risau hangit ke tak garing ke😆
Cara aku, aku lumur ikan dengan serbuk kunyit dan garam ( basic nk goreng ikan) then aku sapu ikan tu dengan sedikit minyak.
Aku kalau pakai Air Fryer memang tak guna direct die punya bekas tu, aku akan guna loyang bulat size 6 inci, yang muat- muat ikut saiz loyang aku. So, dalam tu aku tuang sikit minyak nak elak kan ikan aku melekat.
Then aku bakar je macam biasa. Suhu aku selalu guna untuk jenis Air Fryer aku nie, 180 degree selama 10 minit dan kemudian aku akan terbalik kan ikan tue pulak untuk bakar dua dua bahagian.
Alhamdulillah, hasilnya tak pernah mengecewakan aku😆
So kalau korang nak beli Air Fryer bole la try beli yang macam aku beli nie, kualiti bagus dan harga pun mampu milik.
Dah beli nanti boleh la try menggoreng dengan jimat minyak😁
Catat Ulasan