Resepi Congo Bar Mudah

Julai 14, 2022

Assalamualaikum…


Petang- petang nie tetiba anak aku request nak makan kek pulak. Pikir punya pikir, boleh la try buat congo bar. Alang-alang bahan pun ade, so proceed aje lah💁🏿‍♀️

So nie cara dan bahan-bahan nya,


Hari ni paklong nk kongsi sikit resepi..

Kata nak feeling2 mat saleh..

Ni menu mat saleh. Dok mkn kek coklat je. 

Dah selalu mkn kek tuh je.. Ni English people Kata  conggo.

Dh buat tag paklong.. Insyallah jd dik.. Senang.. 


Bahan-bahan;

150g butter/ majerin

200g brown sugar

3 biji telur gred B

1 sudu teh esen vanila

315g tepung gandum(ayak)

2 1/2 sudu teh baking powder(ayak)

1 sudu teh garam halus(ayak)

250g coklat chips

1 cawan kacang walnut (aku xde badam, so aku pakai walnut)

Coklat chips dan kacang walnut untuk hiasan

Loyang (lapik dgn baking paper, sapu minyak/butter)


Cara-cara;

1. Preheat oven 170 degree.

2. Kacau butter/majerin dan brown sugar sampai larut.

3. Masukkan telur 1per 1. Kacau sebati.

4. Masukkan esen vanila. Kacau sebati.

5. Masukkan tepung, baking powder dan garam. Kacau sebati.

6. Masukkan coklat dan kacang walnut. Gaul sebati.

7. Masuk dalam loyang. Taburkan coklat chips dan kacang walnut.

8. Bakar pada suhu 170 degree selama 40 minit.




Okay dah siap! Bole la cuba, siyes sedap❤️

Catat Ulasan