Translator Training

Mac 03, 2022

Alhamdulillah, hari nie adik dah baik demam  just die manja jela. Tapi urine kakak pulak, bacaan nya +4 pulak hari nie. Mungkin aku kena tunggu sampai hari isnin nanti dan tengok apa decision doctor. Harap kakak tak kena tahan wad lagi la, kesian dekat adik, baru baik dari demam.

Dah beberapa hari aku rasa sakit mata tengok bilik belakang, jadi alang alang hari nie aku tak sibuk buat cookies dan kek, aku pun kemas bilik belakang. 

Cadangnya esok aku nk buat cookies. Aku dah dapat satu tempat untuk letak cookies dekat negeri sembilan. Harap rezeki aku makin mirah lepas nie, aminn.

Badan aku penat, tapi mengenangkan banyak lagi target aku yang masih belum tercapai, maka aku gagahkan juga buat semua kerja yang tergendala selama ni, tambahan minggu depan dah balik kelantan, fasa cuti aku. So aku kena siapkan semua kerja sebelum pergi bercuti.

Sebelum nie aku ada apply kerja part time translator, kerja online je dari rumah. Lama dah aku duk buat just tak siap siap lagi😂

So malam ni aku gagah siapkan jugak, mana tahu mungkin rezeki aku dapat kerja translator, aminn.


Semoga ada rezeki aku dan semoga aku terus maju untuk capai apa yang aku target. Aminn

Shuhada Razak,03032022

Catat Ulasan