Assalamualaikum…


Lunch arynie buat menu simple je, ayam masak paprik dan telur dadar🥗

Lain orang lain cara, aku guna je bahan yang ade dekat rumah, asalkan kenyang😆


Bahan-bahan;

Ayam yang di potong kecik-kecik

Cili kisar

Sos tiram

Sos cili

Bawang merah ( dihiris)

Bawang putih (dihiris)

Halia ( dihiris)

Daun limau

Serai sebatang ( di ketuk)

Carrot

Tomato

Timun


Cara-cara;

1. Goreng ayam sehingga separa masak kemudian ketepikan.

2. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, daun limau purut dan serai.

3. Masukkan cili kisar sehingga pecah minyak, kemudian masukkan sos cili dan sos tiram. 

4. Masukkan air mengikut kuantiti yang di sukai.

5. Masukkan ayam yang telah di goreng tadi, kacau sebati.

6. Kemudian masukkan carrot, tomato dan timun.


*Kalau nk pedas boleh letakkan cili api.


Siap!



Assalamualaikum…

Mood pagi nie rasa nak makan penkek pulak, mujo encik suami makan je ape ape pun😌


So, nie resepi nya;


Bahan-bahan;

1 cawan tepung gandum

1 cawan susu segar / susu cair

2 tbsp baking powder

3 tbsp gula

1 tsp garam

1 tsp esen vanilla

1 biji telur

2 tbsp minyak masak


Cara-cara;

1. Masukkan semua bahan dalam bekas dan kacau sebati.

2. Panaskan non-stick pan.

3. Sendukkan adunan ke dalam kuali dan tunggu sehingga naik gelembung ( bubble) pada penkek kemudian terbalikkan penkek.

4. Tunggu sehingga berubah sehingga warna perang kemudian boleh angkat.


Siap!


Makan dengan nutella pun best!


Assalamualaikum… Arytue suami beli isi kerang, patu die blurr nak masak ape. Mula-mula ingat nk buat kerabu kerang tapi macam nak try menu lain pulak.. so, jadi lah kerang sambal cili api dengan petai arynie.


Nie bahan-bahan dan cara-caranya;


Bahan-bahan;

Bawang merah ( di kisar)

Bawang putih ( di kisar)

Cili api ( di kisar)

Sedikit belacan ( di kisar)

Sedikit ikan bilis ( di kisar)

Bawang besar

Tomato

Petai

Kerang ( direbus dan dikopek)

Garam

Gula


Cara-cara;

1. Tumis bahan yang telah di kisar tadi sampai naik minyak.

2. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

3. Masukkan tomato, bawang merah, kerang dan petai. Gaul sekata.


Siap!


Assalamualaikum..


Hari nie aku nak share resepi cheesy wedges ala kfc. Macam nie cara aku, dan in sha allah menjadi.


Bahan-bahan;

4 biji kentang

Tepung bestari original

Minyak masak


Cara-cara;

1. Potong kentang secara memanjang beberapa bahagian.

2. Cuci dan kemudian tos kan.

3. Kukus kentang sehingga empuk.

4. Sejukkan dahulu kentang yang telah di kukus, kemudian salutkan dengan tepung bestari.

5. Kemudian goreng kentang sehingga berubah warna keperangan.

6. Angkat dan sedia di hidang.

7. Atas die boleh la di salut dengan cheese.


Selamat mencuba!


Assalamualaikum…


Hari nie aku nak share resepi donut gebu, in sha allah kalau follow step nie bebetoi dan tak curang, pasti jadi💪🏻


So, nie resepi dan cara aku..


Bahan-bahan;


1 paket yis

2 sudu susu pekat

2 sudu gula

1 cawan air suam

3 cawan tepung gandum

1 sudu teh baking powder

2 sudu majerin

1 sudu teh garam


Cara-cara;

1. Masukkan satu paket yis, dua sudu susu pekat, dua sudu gula dan 1 cawan air suam.Tinggalkan seketika untuk bagi yis kembang. Tips : kacau dalam bekas kaca.

2. Dalam bekas yang berlainan, masukkan tiga cawan tepung gandum, satu sudu teh baking powder, dua sudu majerin dan satu sudu teh garam. Gaul sebati semua bahan.

3. Masukkan campuran yis yang sudah kembang ke dalam campuran tepung yang telah di gaul sebati.

4. Biarkan dalam satu hingga kedua jam untuk yis kembang. Tips: tutup bekas dengan kain lembab.

5. Selepas yis dah kembang, tumbuk adunan untuk buang angin dan bole uli untuk membuat bentuk.

6. Biarkan dalam 15-30 minit untuk dapatkan tekstur yang lebih gebu. Tips: tutup donut dengan kain lembab.

7. Boleh mula menggoreng.

8. Gaulkan donut yang sudah siap di goreng dengan gula.


Siap dan selamat mencuba!



Assalamualaikum…


Hari nie aku nak review sikit buku Knight Templar. Buku nie permulaan die, die cerita tentang perang salib. Umum kte semua pun tahu, knight templar nie berkait rapat dengan 7 siri perang salib.


Bagi aku yang suka sejarah, aku suka buku nie. Ringkas dan padat. Selain menerangkan fakta, penulis juga meletakkan gambar peta, gambar individu yang terlibat dan muka surat buku juga mempunya warna yang menarik, jadi kurang bosan bagi mereka yang kurang suka sejarah. 


Penulis juga menceritakan tentang macam mana gerakkan freemason boleh tertubuh dan macam mana knight templar nie boleh berpaling dari gereja katolik. Tapi bukan berkaitan agenda freemason dan sengkatan dengannya.


Aku tak sure  buku nie ade lagi ke tak dekat kedai buku. Kalau korang nak beli, boleh beli di MPH.


Shuhada | Sepang | 2022








Assalamualaikum…


Hari nie aku nak review sikit tentang sebuah buku yang aku baca, ‘ Ketika Hati Dijentik’ karya penulisan Ain Al’Adiyat.


Keseluruhan bagi aku, buku nie versi dakwah santai. Penulis mengajak pembaca memahami dan melalui liku-liku dunia dakwah tapi dalam keadaan santai.


Setiap cerita yang di ceritakan mampu memberi kesan dan bayangan dalam fikiran seseorang yang membaca. Ade sesetengah cerita dan kata-kata tue mampu menusuk hati aku.


Ape-ape pun, korang kena baca sendiri baru korang boleh hayati cerita dalam die. Bagi aku, aku suka dakwah versi santai yang penulis gunakan. 


Kalau korang nak beli, boleh beli DI SINI


Shuhada | 2022 | Sepang