Assalamualaikum…
Hari nie aku nak share resepi donut gebu, in sha allah kalau follow step nie bebetoi dan tak curang, pasti jadi💪🏻
So, nie resepi dan cara aku..
Bahan-bahan;
1 paket yis
2 sudu susu pekat
2 sudu gula
1 cawan air suam
3 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
2 sudu majerin
1 sudu teh garam
Cara-cara;
1. Masukkan satu paket yis, dua sudu susu pekat, dua sudu gula dan 1 cawan air suam.Tinggalkan seketika untuk bagi yis kembang. Tips : kacau dalam bekas kaca.
2. Dalam bekas yang berlainan, masukkan tiga cawan tepung gandum, satu sudu teh baking powder, dua sudu majerin dan satu sudu teh garam. Gaul sebati semua bahan.
3. Masukkan campuran yis yang sudah kembang ke dalam campuran tepung yang telah di gaul sebati.
4. Biarkan dalam satu hingga kedua jam untuk yis kembang. Tips: tutup bekas dengan kain lembab.
5. Selepas yis dah kembang, tumbuk adunan untuk buang angin dan bole uli untuk membuat bentuk.
6. Biarkan dalam 15-30 minit untuk dapatkan tekstur yang lebih gebu. Tips: tutup donut dengan kain lembab.
7. Boleh mula menggoreng.
8. Gaulkan donut yang sudah siap di goreng dengan gula.
Siap dan selamat mencuba!
Catat Ulasan