My Day..

Julai 07, 2022

​Assalamualaikum…


Arynie rutin harian aku macam biasa. Lepas siapkan sarapan, suami p keje, aku pun mula berkawad😅

Sarapan anak-anak, mandi kan anak-anak, kemas rumah, sapu sampah, basuh kain, sidai kain, siram pokok, basuh pinggan, sapu luar, buang sampah, masak sampai la ke petang aku lipat kain pulak😆


Arynie adik, malik dan ibu aku datang rumah. Bole la jumpa buat lepas rindu. 🌺

Masak pun aku masak simple je. Sebenar nya aku dah xde idea nk masak ape😝

So arynie aku just masak daging masak rempah cara aku, dan untuk minum petang aku buat kek sarang semut.


Aku tak share resepi kek sarang semut sebab warna die tak menjadi tp rasa die alhamdulillah memuaskan aty🤤🤤



Menu lunch aku dengan anak-anak. Simple je.


Menu petang. Kek sarang semut tp warna nya xgelap💁🏿‍♀️


Arynie aktiviti aku dan anak-anak just buat keje je. Anak-anak pun masih excited main dengan laptop deorang yang baru dapat semalam.



Busy masing masing dengan laptop🤣


Alkisah, nak hilangkan tekanan kerja di rumah nie aku mulakan balik hobi membaca aku. Salah satu terapi jiwa dan ‘ me time’. Sejak aku start membaca, anak-anak pun ikut sekali. Memasing pakat nak ade buku sendiri dan siap request dekat aku nak beli buku.


Next time maybe kalau ade expo buku aku bole ajak suami aku p kot. Beli buku kanak-kanak. Kalau anak- anak aku suka membaca pun satu benefit jugak untuk aku, bole nanti aku ajak deorang p library ke.

Dekat kampung Giching tu pun ade satu port lepak untuk baca buku sambil minum kopi. Tunggu nanti dah ade kereta dan keberanian, bole la aku mintak izin dekat suami nak p sana bawak anak-anak🤔


Petang masa ibu, malik dan adik aku datang pulak anak-anak aku busy belajar pulak. Mentang- mentang la nenek deorang cikgu 🤣 abis semua buku di keluarkan.


Petang, suami aku balik then ktorang keluar jap sebab nak amik pas kerja suami aku yang tertinggal dekat office. Aci la, dapat keluar amik angin luar.



Tengok langit pun okay ape🕺🏻🕺🏻


Malam anak-anak aku tido awal. Suami aku pun tido awal, penat sangat nampaknya die. Moga urusan suami aku di permudahkan sentiasa❤️💕


Aku pun nk sambung tengok netflix. Lama dah duk cari movie The Vincci Code. Bai!


Catat Ulasan