Resepi Nasi Lemak Ayam Berempah

Julai 03, 2022


Assalamualaikum…


Lama dah aku teringin nak makan nasi lemak, so arynie aku request dekat encik suami. Lepas encik suami balik keje semua pakat masuk dapur nak masak nasi lemak sama-sama.😆


Ini nasi lemak cara kami, boleh la try;


Bahan-bahan;

3 cawan beras

Santan

Garam

Gula

Daun Pandan

1 inci halia

Segenggam ikan bilis

4 biji bawang merah

Segenggam cili kering

Serbuk kari daging

Serbuk kunyit

Kacang tanah

Timun


Cara-cara;

Nasi Lemak;

1. Basuh 3 cawan beras sehingga bersih.

2. Masukkan santan, sama cara sukat macam masak nasi biasa.

3. Masukkan secubit garam dan daun pandan yang telah di simpul.

4. 1 inci halia. Then boleh on plug.


Sambal;

1. Rebus segenggam cili kering.

2. Blender cili rebus yang telah di rebus, bersama 1 inci halia, ikan bilis dan empat biji bawang merah.

3. Masak sehingga pecah minyak, kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.


Ayam Goreng Berempah;

1. Cuci ayam sehingga bersih.

2. Gaul ayam bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari daging.

3. Goreng sehingga ayam sudah masak.

Bahan lain;

1. Goreng kacang tanah sehingga masak.

2. Goreng ikan bilis sehingga garing.

3. Potong timun.

4. Dan Rebus telur sehingga masak.


Sedia untuk di hidang dan makan💁🏿‍♀️


Kalau rajin bole tengok YouTube dan Tiktok

jugak!
 


Catat Ulasan