Resepi Brownis Kedut Sukatan Cawan

Julai 06, 2022

Assalamualaikum…


Petang nie mood rajin sikit, tekak rasa nak makan manis, so arynie aku buat brownis kedut. Nie cara aku,


Bahan-bahan;

Bahan A.

1/2 cawan butter

1 cawan dark coklat beryl’s


Cara-cara;

1.Cairkan coklat dengan kaedah double boiled.

2. Selepas coklat cair, masukkan 1/2 cawan butter dan kacau sebati. Biarkan sejuk.


Bahan B.

1 cawan gula perang

1/2 cawan gula castor

3 biji telur gred B


Cara-cara;

Kacau semua bahan sehingga sebati. Tidak perlu terlalu lama sehingga kembang, bole guna senduk sahaja.


Bahan C.

1 cawan tepung gandum

1/2 sudu besar baking powder 

2 sudu besar serbuk koko


Cara-cara; 

Satu kan semua bahan kemudian ayak kan.


Cara-cara;

1. Masukkan bahan A ke dalam bahan B dan kacau sebati.

2. Kemudian masukkan bahan C yang telah di ayak tadi dan kacau sebati. Balik kaut sahaja jangan terlebih kacau.

3. Taburkan kacang walnut dan coklat chip sebagai hiasan ( kalau nak)

4. Sapukan butter pada loyang, alaskan dengan baking paper.

5. Bakar pada suhu 160 degree selama 40 minit. ( bergantung pada oven masing-masing) 

6. Jangan terus keluarkan apabila sudah siap bakar, buka sedikit pintu oven baru lah kedut terbentuk.


Selamat mencuba!


Bole tonton di YouTube dan 

 Tiktok!





Catat Ulasan